Jumat, 21 Februari 2014

Amalan Yang Membawa Seseorang Itu Ke Syurga


JALAN KE SYURGA

Amalan Yang Membawa Seseorang Itu Ke Syurga
Insya-Allah:

1. Lakukan 12 rakaat sholat sunat sebelum atau sesudah sholat fardhu iaitu 2 sebelum Subuh, 4 sebelum Zuhur dan 2 selepasnya, 2 selepas Maghrib dan 2 selepas Isya. Faedahnya Allah SWT akan membina baginya mahligai dalam syurga. Ini berdasarkan hadist yang bermaksud " Barangsiapa yang dapat mengerjakan 12 rakaat sholat sunat secara sukarela, maka dibina baginya mahligai dalam syurga."
- (Hadith Riwayat Imam Muslim)

2. Dua rakaat pada waktu malam
Faedahnya: Doanya terkabul, dosanya diampunkan Allah, hajatnya diperkenankan. Dalilnya seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia setiap malam (lebih-lebih lagi sepertiga malam) hingga Dia berfirman: "Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku perkenankan, siapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku berikan kepadanya dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampunkan dosanya."
- (Hadith riwayat Imam Bukhari )

3. Lakukan 2, 4, atau 8 rakaat sholat Dhuha.
Faedahnya: Seolah-olah seseorang itu bersedekah setiap urat-urat jemarinya. Dalilnya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahwasanya daripada kamu setiap tulang empat keratnya adalah sedekah, setiap tasbihnya adalah sedekah, setiap puji-pujiannya adalah sedekah, setiap ucapan Lailaha illallah adalah sedekah, setiap takbirnya adalah sedekah, Amar makruf yang dilakukan adalah sedekah, Nahi mungkarnya adalah sedekah, dia akan diganjari pahala dengan hal yang demikian, termasuklah dua rakaat dilakukan pada waktu Dhuha."
- (Riwayat Imam Bukhari )

4.Membaca surah al-Mulk.
Faedahnya: Dapat selamatkan pembacanya daripada azab kubur. Dalilnya s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam al-Quran yang mengandungi 30 ayat, ia mampu memberi syafaat kepada pembacanya dan akan diampunkan dosanya, iaitu surah Tabarakkallazi Biyadihil Mulk."
- (Riwayat hadith Imam Ahmaddan at-Tirmizi dengan derajat hadith Hasan)

5. Memperbanyakkan ucapan La Ilaha Illallah Wahdah, La Syarikalah, Lahul Mulku walahul Hamd, Wahuwa 'Ala Kulli Syaiin Qadir pada setiap hari 100 kali, maka baginya pembebasan 10 orang hamba, mendapat 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan menjadi benteng kejahatan syaitan dari pagi sampai sore ."
- (Hadith riwayat Imam Muslim )

6. Bershalawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Faedahnya: Terlepas daripada menjadi golongan bakhil/ kikir. Dallilnya seperti yang disabdakan Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya siapa yang bershalawat ke atasku dengan satu shalawat, maka Allah SWT akan bershalawat ke atasnya dengan sepuluh shalawat."
- (Hadith riwayat Imam Muslim).

Sabdanya lagi: "Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mau bershalawat ke atasku ketika disebut namaku."
- (Hadith riwayat Imam at-Tirmizi dengan kedudukan hadith Hsan Gharib Sohih )

7. Mengucapkan Tasbih: "Subhanallahi Wa Bihamdihi, Subhanallahil 'Azim" 100 kali. Faedahnya: Ditanamkan baginya sebuah pohon kurma dalam syurga. Dalilnya, Nabi bersabda: "Siapa yang berkata Subhanallahi Wa Bihamdihi, Subahanallhil 'Azim 100 kali, akan ditanamkan baginya sebuah kurma dalam syurga."
- (Hadith riwayat Imam at-Tirmizi dan beliau berkata; Hadith ini Hasan Gharib )

8. Dengan banyak beristighfar iaitu mengucap "Astaghfirullah" 100 kali.
Faedahnya Allah SWT akan menghilangkan segala kesulitannya serta melapangkan rizkinya. Dalilnya seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang membiasakan dirinya dengan Istighfar/Astaghfirullah (100 kali), maka Allah SWT akan jadikan baginya jalan keluar daripada segenap kesempitan (hidup), kesusahannya akan dipermudahkan Allah SWT serta rizkinya akan diperolehi dengan cara tidak disangka-sangka."
- (Hadith riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dengan kedudukan Hadist yang Sahih)

Sahabatku : Sangat Mudah Bukan ?
Mari Kita ....Laksanakan , Insya Allah ,,,

0 komentar:

Posting Komentar